Maradonal Meninggal Dunia Kerana Sakit Jantung Secara Mengejut. Rupanya Ini Pembedahan Yang Pernah Dibuat Oleh Beliau

Ini berita mengejutkan dan juga satu kedukaan besar bagi dunia bola sepak antarabangsa – lagenda bola sepak Argentina Diego Maradona telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usianya 60 tahun. Kehilangan besar arena bola sepak ini disahkan ejennya, Matias Morla kepada ESPN Argentina.Maradona telah meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Argentina. Perkara itu ternyata mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini dia baru saja menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di otaknya.

Baru-baru ini, Maradona telah menjalani pembedahan otak dan dibenarkan keluar pada 11 November lalu.

Memetik laporan Daily Mail, Maradona yang terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan juga alkohol turut menjadi punca kepada masalah turun naik tahap kesihatan beliau.

Pada tahun 1999 dan 2000, dia telah dibawa ke hospital kerana masalah jantung dan serangan jantung kali kedua membuatkan dia perlu memakai alat bantuan pernafasan.

Sementara itu pada tahun 2004, dia sekali lagi dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung dan pernafasan, puncanya – penyalahgunaan dadah.

Sepanjang hayatnya juga dia telah menjalani 2 kali pembedahan gastrik bagi mengawal berat badannya selain turut menjalani rawatan ketagihan alkohol.

Bagi peminat tegar bola sepak, mana mungkin lagenda yang terkenal dengan gelaran Hand Of God ini dapat dilupakan.

Apa yang pasti, kisah lagenda ini pasti akan diperdengar dan didendangkan di setiap generasi peminat bola sepak dunia. Hilangmu tiada pengganti, aksimu sentiasa diingati.

Sumber – Gulapop

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*