
Wanita mangsa terakhir keracunan karbon monoksida selepas tertidur di dalam kereta bersama tiga yang lain di Butterworth, Pulau Pinang diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata mangsa berkenaan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih dipantau dan diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif.
“ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan situasi terbaik buat mangsa dan semoga keluarga beliau diberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah yang juga kembar kepada Nor Aqilah.
Kesemua mereka yang berusia 21 tahun telah pergi ke Pulau Jerejak semasa cuti Hari Malaysia, dan difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan.
– Bernama via WowBerita
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply