Jurugambar Ini Minta Sendiri Kebenaran Ayahnya Untuk Melakukan ‘Sesuatu’ Dengan Gadis Viral Yang Iras Nelofa. INi Jawapan Ayahnya Yang Buat Neizen Tersenyum

JIKA sebelum ini kecoh mengenai kemunculan mini Neelofa”, kali ini seorang gadis mencuri tumpuan gara-gara wajahnya dikatakan persis artis jelita itu.

Kelibat gadis dari Kulim, Kedah itu ditemui seorang pemuda semasa mengambil gambar untuk sebuah majlis keramaian pada Sabtu lalu.

Dalam video yang dikongsi pemuda dikenali sebagai Zarul di aplikasi TikToknya, dia memberanikan diri meminta izin daripada bapa gadis tersebut untuk mengambil beberapa keping gambarnya.

“Adik nak tanya, sebelah ni abang ke adik? Saya Zarul nak ambil gambar anak boleh tak? Minta kebenaran sikit noh. Muka dia macam Neelofa tengok, depa kata, ” demikian kata-kata pemuda tersebut dalam video yang tular itu.

Bapa gadis tersebut memberi kebenaran kepada Zarul untuk berbuat demikian.

ADA YANG KATA SAMA SEPERTI IBU NEELOFA

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dikongsi pemuda tersebut di aplikasi popular itu.

Bagaimanapun terdapat netizen memuji wajah gadis tersebut ada iras ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

“Muka iras mak Neelofa sebijik,” tulis Diela.

“Macam muka mak Neelofa la,” tulis Ziera.

Gadis berkenaan, Nur Syaza Widad Muhamad ketika dihubungi mStar berkata dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan artis Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor.

“Ada juga cakap macam muka ibu Neelofa tapi kami tak ada kena-mengena pun. Saya berasal dari Penang tetapi dah lama menetap di Kulim, Kedah.

“Secara realitinya saya tak adalah macam Neelofa. Saya sendiri tak nampak langsung di mana persamaan kami.

“Mungkin orang tengok wajah saya ada iras-iras, mata orang lain-lain kan tapi ramai kata kami sama pada senyuman,” katanya.

Menurut gadis berusia 17 tahun itu, itu bukan kali pertama dia ditegur kerana wajah dilihat ada iras pengacara, pelakon dan usahawan terkenal itu.

“Bukan abang tu je tapi ramai cakap macam tu. Famili pun selalu cakap macam tu. Ada jiran, kawan-kawan mama dan abah beritahu saya senyum ada iras macam Neelofa.

“Bila orang cakap macam tu, saya anggap kata-kata tu sebagai satu pujian dan motivasi untuk berjaya seperti dia.

“Siapa yang tak nak jadi macam Neelofa kan? Aura dia kuat, ramai menyukainya. Jadi kata-kata itu beri suntikan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang,” katanya.

Mesra disapa Widad, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak menduga video perkongsian jurugambar tersebut menjadi tular di media sosial.

“Masa tu abang Zarul just panggil untuk tangkap gambar, tak ada fikir apa pun. Terkejut sangat-sangat sebab tak expect orang akan cakap macam tu.

“Ramai kawan screenshot benda sama. Mama dan abah pun dapat mesej screenshot tentang video tu. Mereka OK ja selagi benda tu tak bawa apa-apa kemudaratan,” katanya.

Sekiranya ditawarkan sebagai model selepas ini, Widad berkata dia mahu fokus pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditunda ke Februari tahun depan terlebih dahulu.

“Apa-apa pun saya nak selesaikan SPM dulu. Kalau ada peluang (jadi model) saya akan minta restu mama, abah. Kalau terbuka hati depa izinkan barulah saya akan buat.

“Saya memang pernah impikan nak jadi model tapi tu second option saya. Ketika ini keutamaan saya nak sambung pengajian bidang landskap,” katanya.

Tengok Video Instgram:

https://www.instagram.com/p/CICecYxn3IU/

Sumber – mstar via awatsyeikhnetwork

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*