Cukup Membanggakan, Perak Negeri Pertama Bina R&R Untuk Rider Hantar Makanan

IPOH: Prihatin dengan kebajikan penghantar makanan, kerajaan negeri Perak membina tempat ‘rehat dan rawat rider’ (3R) yang lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas dan wifi percuma.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebagai permulaan, tujuh 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

Menurutnya, pembinaan 3R yang pertama di Malaysia itu adalah penghargaan kepada penghantar makanan yang memainkan peranan penting sebagai antara kumpulan barisan hadapan sejak pandemik COVID-19 bermula tahun lalu.

 

“Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil inisiatif untuk membina tujuh buah tempat berteduh mereka.

“Jadi nanti waktu-waktu tertentu dia boleh berkumpul di situ, dia boleh berehat di situ, dia boleh berjumpa, boleh berbincang, boleh mesyuarat kecil dan boleh solat.

“Ini satu daripada cara kita memberi penghargaan kepada mereka kerana kita juga harus mengiktiraf para riders ini juga adalah merupakan sebahagian daripada frontliners,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis pecah tanah projek 3R bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, semalam.

71615162580_freesize.jpg

Astro AWANI

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Exco kerajaan negeri Perak, Razman Zakaria dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Tujuh lokasi 3R yang akan dibina di sekitar Ipoh ialah di pusat bandar, Meru Raya, Jelapang, Tasek, Ipoh Garden, Medan Gopeng dan Station 18.

Kemudahan itu akan memberi manfaat kepada hampir 2,000 penghantar makanan di Bandaraya Ipoh.

Pembinaan 3R itu adalah sebahagian rancangan kerajaan negeri Perak melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 5 yang diumumkan pada Disember lalu.

Saarani berkata, 3R itu mungkin dibina di bandar-bandar lain di seluruh negeri, bergantung kepada keperluan.

 

Sumber – Awani

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*