Mahu Pihak Polis Tangkap Ayahnya, Namun Bila Polis Tanya Jawapan Kanak-Kanak 7 Tahun Ini Buat Polis Terdiam

Di Chennai, India : Sebuah laporan polis telah dibuat oleh seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia 7 Tahun yang meminta ayahnya ditangkap oleh pihak polis kerana yahnya telah gagal mebina sebuah tandas di kediaman mereka di Chennai seperti yang telah dijanjikan oleh ayahnya.

Di Inida, terdapat jutaan penduduk yang langsung tidak memilik tandas di rumah mereka dan terpaksa untuk melakukan pembuangan air secara terbuka di tepi laut, sungai, utan belantara dan juga semak samun. Hal ini amat mendukacitakan kerana di zaman serba moden ini masih terdapat ramai lagi manusia yang hidup di muka bumi ini terpaksa melalui perkara sedemikian. Sedar tak sedar, mereka yang sering melakukan pembuangan air di tempat tersebut, ianya boleh membawa kepada masalah iaitu penyebaran kepada perlbagai penyakit.

 

Adik perempuan yang berusia 7 tahun itu yang dikenali sebagai E Hanifa Zaara tidak mahu  membuang air di tempat terbuka dan telah meminta bapanya untuk membina tandas di kawasan rumah mereka.

Namun  panya telah gagal untuk tunaikan permintaan anak perempuannya menyebabkan Hanifa meminta bantuan daripada piak Polis untuk menahan bapanya

 

Valarmathi yang merupakan salah seorang pegawai polis di situ memberitahu bahawa  Kanak-kanak ini datang ke balai membuat laporan terhadap bapa kandunya sendiri yang enggan menepati janji untuk membina sebuah tandas dan meminta pihak kami untuk menangkapnya.

 

Selepas itu, bapa kepada Hanifa teleah dipanggil oleh pegawai polis tersebut untuk berbincang dan berdamai mengenai perkara ini.

Bapanya juga telah memberi penerangan dan beliau juga telah membuat pemohonan untuk membina tandas ke perbandaran di bawah kempen yang dilancarkan oleh Perdana Menteri namun tidak menerima sebarang tindak balas positif.

“India Bersih” adalah inisiatif kerajaan dibawah pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi telah mendorong kempen untuk membina 100 juta tandas selama lima tahun .

 

Sumber – International The News

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*