Zahidi Salahkan Rakyat Silap Pilih Ketika PRU-14 Sebagai Punca Terjadi Kemelut Politik Pada Harini

Anggota Parlimen Padang Besar dari BN, Zahidi Zainul Abidin berkata, masalah kemelut politik yang berlaku kini adalah kerana kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu pilihan raya umum (PRU-14) lalu.

 

Tambahnya, jika kemelut politik ini tidak diselesaikan, ia bakal memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.

 

 

“Pertama sekali, itu saranan Yang di-Pertuan Agong kita kena ikut, tetapi situasi sekarang 50-50, jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi kurang baik dan yang buat keadaan jadi macam ini adalah rakyat.

 

“Rakyat yang undi 50-50 (PH) ini dulu dan rakyat kena tipu,” katanya ketika ditemui di bangunan Umno di Kuala Lumpur hari ini.

 

Sebentar tadi, semua ahli parlimen BN dan Umno mengadakan mesyuarat di bangunan tersebut.

 

Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam, yang menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

 

Ia bagi membolehkan ahli parlimen BN untuk menyatakan pandangan masing-masing mengenai kemelut politik tanah air.

 

Kalau anda terlepas…

Sementara itu, timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu turut meminta rakyat jangan menghukum ahli politik yang kini sedang melakukan tugas untuk membetulkan keadaan tersebut.

 

“(PH janjikan) tol percuma, harga barang turun tetapi benda itu tak semua berlaku dan rakyat yang buat keputusan (mengundi PH) dan keadaan hari ini dari keputusan rakyat.

“Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan,” katanya lagi

 

Sumber – Malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*