Zahid Mewakili BN Mohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia Susulan Peningkatan Covid-19 Di Seluruh Malaysia Berpunca Daripada PRN Sabah

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili semua ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan petugas barisan hadapan susulan peningkatan kes baharu COVID-19.

Menerusi ciapan terbaharu di Twitter, Ahmad Zahid yang menyatakan kebimbangan mengenai situasi terkini COVID-19 yang disifatkan membimbangkan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, berkata ia bukan pilihan BN.

“Kedudukan terkini COVID-19 amat merisaukan. Mewakili UMNO/ BN mohon maaf kepada rakyat dan frontliners berikutan peningkatan wabak akibat PRN Sabah yang diadakan bukan pilihan awal BN.

“Ahli dan jentera BN pada PRN Sabah perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.

 

Pada masa sama, Zahid turut berpesan agar orang ramai menjaga diri dan berdoa kepada Allah supaya wabak ini akan berakhir.i.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan terdapat penambahan 260 kes baharu pada Khamis.

 

Jika kita lihat, amatlah mudah bagi pemimpin di negara kita ini mengambik langkah mudah bagi meneois pandemik ini.

 

Sepatutnya mereka ini lah orang pertama yang bertanggungjawab

Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*