Wanita Yang Langgar Honda Di Lampu Isyarat Taman Pelangi Disahkan Hilang Ingatan Sementara..

Satu kejadian kemalangan ngeri yang mengakibatkan kematian berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat Plaza Pelangi/Polis Depoh.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Nordatul Badrol Abd. Rahman, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan tiga kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga berhampiran simpang empat di Plaza Pelangi.
Katanya, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kekuatan keseluruhan seramai sembilan anggota telah
dihantar ke tempat kejadian sejurus laporan kecemasan diterima.
“Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati kereta jenis Honda Accord dipandu mangsa dalam keadaan terbalik dan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
“Tindakan operasi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas
menyelamat hanya mengambil masa dua minit.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Nordatul Badrol berkata, mangsa diserahkan kepada pihak polis dan mangsa cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.
Arwah (Ex – Navy) sudah selamat dikebumikan, marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah (bagi yg beragama islam)
Wanita yang berambut Perang ialah wanita bernama Nur Fatin Nasrah, 23 tahun, penjual air tebu viral yang memandu tanpa lesen dan cukai jalan & insuran telah pun tamat.
Saksikan video kemalangan ngeri tersebut. Myvi yang dipandu Fatin meluncur laju dari arah atas bukit dan terus melanggar kereta Aruah.
Nur Fatin Nasrah telah dimasukkan ke dalam hospital dan disahkan hilang ingatan sementara (Temporary Amnesia) berkaitan kemalangan, tetapi ekhem sempat menutup akaun Pesebuk.

Satu kejadian kemalangan ngeri yang mengakibatkan kematian berlaku semalam di persimpangan lampu isyarat Plaza…

Posted by Abdullah Pak Lah MY on Saturday, 10 October 2020

Sumber – Alhadulillah Pak LAh MY

1 Comment

Leave a Reply to Ayu nasir Cancel reply

Your email address will not be published.


*