Walaupun PKP, Perarakan Sambutan Thaipusam Tetap Dijalankan. Berikut Antara Jalan Yang Ditutup Untuk Beri Laluan

Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup, sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi 29 Jan.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan ini susulan kebenaran pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.

“Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Katanya jalan akan dibuka semula pada 29 Jan jam 6 pagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak perlu hadir, kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan, dan semua pihak juga hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang telah ditetapkan MKN.

Sumber – Bernama via Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*