“Viral Sampai Ke Indon” – Ulama Sahkan Perbuatan Instafamous Rakam Video Urus Jenazah Sahabat Macam Pergi Bercuti Adalah HARAM

Siapa je tak kenal dengan usahawan muda, Hafiz Mahamad yang sering memuat naik video mesra bersama isterinya. Semalam, Hafiz memuat naik satu lagi video bagi mengabdikan momen terakhir dia bersama rakan baiknya yang baru sahaja meninggal dunia

Dalam video yang berdurasi lebih 3 minit itu, menyaksikan perjalanan Hafiz dari lapangan terbang sehinggalah dia mengimamkan solat jenazah rakannya itu sehingga dia sendiri mengusung jenazah ke dalam liang lahad.

Video yang mendapat tontonan lebih 2 juta itu turut mendapat komen-komen yang memujinya kerana sanggup datang dari jauh ke Kelantan serta menguruskan jenazah rakan baiknya itu. Ramai yang rasa terharu dan tersentuh serta menitipkan doa buat arwah.

Turut Menerima Kecaman…

Bagaimanapun, tindakan Hafiz yang merakamkan momen terakhir itu turut menerima kecaman warganet. Ramai yang mempertikaikan tujuan Hafiz merakamkan video tersebut dan merasakan tidak ada keperluan untuk membuat rakaman video. Terdapat juga segelintir yang merasakan tindakan Hafiz itu agak keterlaluan.

 

Dalam pada itu, rata-rata warganet di Instagram Hafiz tetap memujinya dan mengatakan inilah contoh sahabat dunia dan akhirat. Berita kematian ini juga turut mengejutkan para pengikut Hafiz yang mengikuti rapat perkembangan kesihatan sahabatnya itu.

 

Van Jenazah Yang Diwakafkan Digunakan Untuk Bawa Arwah

Terdahulu, pengikut Hafiz sudah sedia maklum tentang tahap kesihatan sahabatnya itu ekoran dia ada memuat naik video berkenaan sahabatnya, Loh atau nama sebenarnya Wan Mohd Abdullah Wan Mohd Noor, yang menderita sakit strok. Malah Hafiz turut sempat menghadiahkan kerusi elektrik buat sahabatnya itu dan juga mewakafkan van jenazah ke kampungnya.

Image via:Instagram

Tanpa disangka, Hafiz mengatakan hikmah mewakafkan kenderaan itu dapatlah dia membawa arwah menggunakan van jenazah tersebut. Apa-apa pun, takziah diucapkan kepada keluarga arwah dan juga Hafiz. Semoga kuat dan tabah mengharungi pemergian orang yang tersayang.

 

Namun pendakwah terkenal dan juga pensyarah Fiqh Semasa, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar berkata, umat islam perlu berhati-hati dalam mengingati mati termasuk merakam jenazah dan menyebarkannya di laman sosial.

 

“Ada ulama yang mengHARAMkan dan ada yang mengharuskan. Bagi menghormati pandangan semua ulama, LEBIH BAIK TINGGALKAN perbuatan merakan atau mengambil gambar jenazzah untuk simpanan peribadi adalah lebih baik.

 

Sumber – mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*