
Polis pun pandai menyamar buru ‘orang degil’!
Shah Alam: Jangan ‘main-main’ atau ambil mudah Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 di lokasi awam berikutan pihak polis kini ada di mana-mana dengan berpakaian preman.
Anggota polis Selangor memilih untuk memakai pakaian biasa bagi memudahkan operasi ‘serang hendap’ terhadap individu yang masih berdegil engkar arahan SOP di lokasi awam.
Berdasarkan satu video tular di media sosial, empat lelaki yang sedang asyik menjamu selera di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong diambil tindakan oleh dua anggota polis selepas tidak mematuhi SOP termasuk tidak memakai pelitup muka.
“Pasukan ini membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis di Selangor, jadi mereka yang didapati ingkar pada SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diambil tindakan.
“Pasukan ini ditubuhkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu sehinggalah ke hari ini,” katanya tadi.
Beliau berkata, pasukan pemantauan tidak semestinya berpakaian beruniform namun perlu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa semasa mengambil tindakan ke atas orang awam yang melanggar SOP.
VIDEO KEJADIAN ( 3 VIDEO )
Sumber: HMETRO ONLINE via awatsyeiikkhh
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply