[VIDEO] Rakaman CCTV Dedah Perlakuan Anaknya Ketika Tengah Malam Yang Buat Ramai Tergamam

Ketika di waktu siang hari, rakaman CCTV di dalam rumah ini menunjukkan seorang ibu mengemas rumahnya setelah suami dan anak-anak berangkat ke pejabat dan sekolah dengan rutin harian mereka.

Apa yang ibu ini tidak menyedari selama ini, ketika seluruh keluarga sedang tidur nyenyak, anak perempuan keluarga ini telah bangkit daripada tidurnya untuk melakukan tugas mengemas rumah yang menjadi tugas seharian ibunya.

Anak yang baik ini dilihat mengemas dan menyusun barang permainan yang berselerakan ke tempatnya yang asal.

Juga menyusun meja kerusi bersama peralatan di atasnya. Menjadi lebih kemas, rapi dan tertib.

Dia juga menyusun buku-buku dan mengatur beg sekolah serta kotak permainan ke tepi sudut rumah supaya ia akan memudahkan tugas ibunya mengurus rumah tangga ketika siang hari.

Tidak ketinggalan anak ini turut melipat kain yang tidak sempat diuruskan oleh ibunya kerana keletlhan.

Setelah semua tugas membantu itu selesai, dia menyambung tidurnya kembali dengan meninggalkan ruang rumah menjadi lebih teratur dan kemas.

Si ibu yang melihat rakaman CCTV itu menjadi sangat terharv sambil berasa amat bertuah kerana membesarkan anak yang baik dengan hatinya amat bertimbang rasa serta prihatin dengan kesvsahan ibu bapa.

Miliki anak yang baik dengan melakukan perkara baik setiap hari secara diam-diam tanpa mengharapkan apa-apa blasan, sememangnya akan menyentvh hati ibu bapa dan sesiapa sahaja.

Bertuah ibu ini melahirkan anak yang baik dan memahami.

 

Sumber : EraBaru via onlinemalaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*