(Video) Polis Wanita Cantik Menari Gedik Buat Tiktok Ketika Sedang Bertugas Berdepan Tindakan. Tak Sangka Ini Hukuman Yang Bakal Diterima Beliau

KOTA BHARU – Seorang anggota polis wanita dari Kontinjen Kelantan berdepan tindakan tatatertib selepas memuat naik video seperti aksi tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform operasi polis.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, perbuatan yang kini tular di media sosial itu menjejaskan imej jabatan dan kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan bagi membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Saya memandang serius perlakuan seorang anggota polis yang membuat video yang mempamerkan aksi seperti tarian menerusi aplikasi Tik Tok sewaktu memakai uniform polis.

“Arahan Ketua Polis Negara sangat jelas bahawa terdapat larangan pegawai kanan dan pegawai rendah polis memuat naik serta perkongsian peribadi semasa memakai uniform di platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, pihak jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik PDRM.

https://www.instagram.com/p/CIax1ysg2oH/?igshid=1leohslexj0n3

 

-K!ONLINE

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*