[VIDEO] Pelanggan Belasah Rider Foodpanda Secara Kejam, Habis Teruk Dikecam Netizen. Ini Punca Kejadian

Semalam telah viral satu video di laman Twitter yang memaparkan seorang rider Foodpanda dibelasah pelanggannya kerana makanan yang dipesan tidak dihantar ke depan pintu rumahnya.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daniel (@afixqs) berkata, rider berkenaan tidak dapat naik kerana tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

 

Dia yang berkongsikan video itu di laman Twitter miliknya turut meluahkan rasa kurang senang dengan perbuatan pelanggan itu.

“Kalau betul pun rider tu yang salah perlu ke sampai macam tu sekali dia kena pukul?,” ujarnya.

Menurut Daniel yang pernah menjadi penghantar makanan, dia pernah dimaki oleh pelanggan kerana makanan lambat sampai tetapi perkara seperti itu bukanlah disengajakan oleh mereka para ‘riders’.

“Adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masanya kami perlu menghantar banyak tempahan.

“Kalau pelanggan tidak berpuas hati dengan servis boleh saja mereka terus membuat aduan dan ‘rider’ akan terus dibuang oleh majikan,” ujarnya.

Perkongsian Daniel itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berang dengan tindakan pelanggan itu. Malah, ramai yang tidak setuju dengan istilah ‘customer always right’ sehingga memberi hak kepada pelanggan melakukan apa sahaja.

 

Sumber – wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*