[VIDEO] Kes Rempuh Kilang, Baling Petrol & Kemudian Bun0h Diri. Mangsa Umum Sesuatu Di Dalam Video Sejurus Sebelum Insiden Tersbut

Ipoh: Seorang bekas pengurus yang baru diberhentikan kerja maut apabila dilanggar treler selepas merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima laporan awal daripada orang awam pada 7.30 malam memaklumkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang itu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pada 6.42 petang, suspek berusia 52 tahun yang baru ditamatkan perkhidmatan merempuh dan menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dengan menggunakan kereta.

“Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang.

“Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

A Asmadi berkata, suspek kemudiannya menaiki kereta semula dan memandu laju merempuh masuk ke dalam bilik ‘Production Labelling Department’ sehingga mengakibatkan kebakaran.

Beliau berkata, kebakaran dipadamkan pengawal keselamatan kilang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta.

“Selepas melakukan tindakan khianat suspek, beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai disyaki maut dilanggar treler pada 7.45 di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian, saksi menyatakan suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler itu.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan,” katanya.

Berikut rakaman terakh1r mendiang mengenai keadaan yang sedang menimpa dirinya di pejabat

Sumber – Hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*