[VIDEO] “Dia Baik Orangnya, Semoga Syurga Menanti” – Kompilasi Video Arwah Siti Nur Surya Yang Dibun0h Secara Kejam Oleh Kawan baiknya Sendiri Betul-Betul Menyedihkan

“dia baik orggnye… smoga syurgaa menanti nyeeeeee aminnn2…. tenangg lahh wahai adik …. allah lbih sygkan kamu ”

Kata-kata yang diberikan netizen kepada arwah yang dibunoh secara kejam oleh kawan baiknya sendiri..

 

Rata-rata netizen tumpang simpati kepada keluarga mangsa sdan video yang dikongsikan ini cukup buat netizen sebak..

 

TERDAHULU

 

HULU TERENGGANU – Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh Siti Nur Suria Ismail, 19, dalam tempoh 17 jam apabila menahan kawan baik mangsa yang mengaku melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana berang diperli gadis itu.

Suspek, 19, yang juga bekas rakan sekolah Siti Nur Suria ditahan pada pukul 7.30 pagi selepas dia tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemong di sini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, ketika disoal siasat, suspek mendakwa telah menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu ketika pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, polis mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan pada beberapa bahagian badannya sebelum dia mengaku telah membunuh mangsa.

“Dia menceritakan, pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk bersembang kosong dan ketika sedang berbual itu, suspek mendakwa Siti Nur Suria telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya.

“Suspek yang panas hati kemudian telah menyerang mang­sa yang kebetulan sedang meme­gang sebilah pisau untuk me­netas lebihan benang pada seluar­nya,” katanya di sini ­semalam.

Menurut Roslee, suspek dan mangsa kemudian telah bergelut hingga menyebabkan Siti Nur Suria cedera ditetak pada bahagian muka, leher dan dada menggunakan senjata tajam.

Tambahnya, suspek yang panik apabila mendapati ­mangsa tidak lagi bergerak selepas ditetak nekad memotong pergela­ngan tangan kiri mangsa hingga putus.

“Suspek juga telah mengambil wang dan telefon bimbit milik mangsa bagi mencipta plot ko­nonnya insiden itu bermotifkan samun sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal,” ­katanya.

Ujar Roslee, keterangan suspek konsisten dengan bukti televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah rumah burung walit berhampiran rumah mangsa.

“CCTV itu merakam kelibat suspek dan motosikalnya berada di rumah tersebut sewaktu kejadian,” katanya.

Suspek kini direman 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

 

Sumber – FB Kementerian netizen malaysai

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*