Lagi Kes Pemandu M4b0k, Kali Ni Langg4r Rider, Lepastu Buat Muka Tak Bersalah. Ini Videonya

TULAR – Lagi kes orang mabuk langgar motor, video ini dikongsi oleh seorang pengguna twitter, @edrienaarissa dimana terdapat sebuah kemalangan diantara sebuah kereta dengan sebuah motorsikal di lebuhraya sungai besi.

“Satu lagi kes orang mabuk langgar motor dekat highway sungai besi. Yang aku paling tak boleh brain driver orang cina ni langgar takda rasa bersalah langsung siap panggil dua orang sarung baju untuk backup dia. rider ni dah 50-50 doakan dia guys”

 

 

Dikhabarkan penunggang motorsikal tersebut adalah parah dan beliau adalah seoragn pekerja bungkusit.

 

Ini keadaan gambar penunggan motorsikal tersebut sejurus selepas kemalangan ngeri itu,

 

 

 

“chill je member santai baru lepas langgar orang, semoga dikenakan hukuman yang setimpal.”

Inilah wajah lelaki mabuk yang melanggar penunggang motorsikal tersebut.

 

Image

 

Takde anging takde ribut, jalan pula agak lurus. Memang ketara pemandu tersebut memandu dalam keadaan mabuk, nasib baik ada video ini yang boleh dijadikan bukti.

 

Semoga penunggang motorsikal tersebut cepat sembuh dan sihat semula

 

Sumber – twitter

 

TERDAHULU

 

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan melulu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketiga-tiga komponen hukuman akan dipinda termasuklah kadar denda, tempoh penjara dan tempoh penggantungan lesen memandu.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui secara dasar oleh Jemaah Menteri pada 24 Jun lalu.

“Jabatan Peguam Negara telah menyemak draf Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan draf RUU ini akan dibentangkan untuk persetujuan Jemaah Menteri pada 17 Julai 2020 dan seterusnya untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini.

“Tindakan ini dilakukan bagi menjadikan satu bentuk detoran dan pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Arau (BN), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, selain daripada pindaan hukuman, kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan supaya selaras dengan piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, had kandungan itu daripada 35 mikrogram alkohol dalam100 mililiter nafas; 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas; 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.

Mengulas mengenai cadangan mengenakan hukuman mati bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, Ka Siong berkata, perkara itu perlu mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Jika Kanun Keseksaan (Akta 574) digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*