Uztaz Madrasah Didakwa Sekali Lagi Pasal Kes Gangguan Seksual Dua Pelajar Lelakinya. Ini Yang Berlaku

Kota Bharu: Seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai Ustaz Budak didakwa di dua mahkamah berasingan di Kota Bharu dan Machang, atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau dan amang seksual terhadap dua bekas pelajarnya.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan.

Di Mahkamah Majistret Machang, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang bekas pelajar lelaki berusia 22 tahun di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang pada Mei 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dan menetapkan 1 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang juga bekas pelajarnya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual meraba seorang kanak-kanak dengan memegang kemaluan mangsa jam 10 pagi, di sebuah rumah di Kampung Awah, Machang pada 22 Ogos 2018.

Bagi pertuduhan kedua pada tarikh dan lokasi sama serta mangsa yang sama, tertuduh didakwa dengan maksud seksual membuatkan seorang kanak-kanak berumur memegang kemaluannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dibacakan bersama seksyen 16 akta yang sama. Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Hajarul Falenna di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan 28 Januari bagi serahan dokumen.

Tertuduh diwakili peguam, Sharudddin Mohamed. Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh kedua-dua mahkamah.

sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*