UMNO Dah Berubah! Bung Mokhtar Merayu Beri Umno Peluang Untuk Buktikan

Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin menegaskan Umno dan BN bukan lagi parti yang penduduk negeri itu kenali suatu ketika dulu, sebaliknya mengalami perubahan.

Umno dan BN juga, kata Bung Moktar, kini komited menawarkan pentadbiran lebih telus serta menunaikan janjinya kepada rakyat.

Pada majlis pelancaran manifesto Aku Janji hari ini, dia juga meminta rakyat Sabah untuk membantu menyelamatkan negeri itu yang didakwanya mengalami penderitaan di bawah Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal selama dua tahun.

“Manifesto atau Aku Janji ini telah kita usahakan setelah melihat norma politik baru bukan saja di Semenanjung malah di Sabah.

“Kita perlu memberikan tawaran baru kepada rakyat Sabah sebab rakyat Sabah menderita di bawah pemerintahan Warisan selama lebih dua tahun.

“Hari ini juga saya ingin jelaskan bahawa Umno dan BN Sabah, kami telah berubah. Segala bentuk struktur kami, dari kepimpinan, keterampilan, dari cari kami kendalikan organisasi kami,” katanya di Kota Kinabalu.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan; dan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Menurut anggota parlimen Kinabatangan itu lagi, Umno berubah kerana mahu menawan hati rakyat dan meyakinkan mereka untuk memberikan mandat menjadi kerajaan Sabah.

Tambah Bung Moktar, dia bersama gabungan BN dan PN menyediakan pelan hala tuju ekonomi bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi di Sabah agar mampu menjadi pemangkin untuk mengangkat kedudukan Sabah setanding dengan negeri lain.

“Tindakan pantas harus diambil untuk selamatkan (Sabah) daripada bahana dibawa Warisan,” katanya.

sumber – malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*