“Tun Mahathir & Anwar Sudah Boleh Berehat, Biar TS Muhyiddin Yang Mentadbir Negara” – Azmin Ali

Kancah politik yang merebut jawatan perdana menteri di antara Anwar dan juga Tun M yang berlarutan selama 20 tahun membuatkan Azmin dan juga rakyat sudah bosan dengan sandiwara politik tersebut.

Oleh yang sedemikian Azmin berkata beliau kini lebih selesa bersama Pas dan UMNO berbanding suatu ketika dahulu dimana beliau bernaung di bawah presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau juga menambah sedikit bahawasanya beliau dan beberapa ahli lain tidak lagi bersama Pakatan Harapan tetapi sebaliknya beliau menyokong penuh Perikatan Nasional di bawah naungan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semenjak beliau berada di bawah naungan Anwar, hari-hari orang akan bertanya bilakah Anwar akan jadi Perdana Menteri yang membuatkan beliau mengeluh sedikit meluat kerada drama ini telah berlanjutan selama 20 tahun.

Beliau juga mencadangkan bahawa kedua-dua tokoh politik negara ini (Anwar & Tun M) supaya berehat dan beri peluang kepada pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat sangat disanjugni untuk mentadbir Malaysia.

Perkara ini jelas dapat dilihat melalui PRK-Slim yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, turut memilih jenama Perikatan Nasional untuk menjadi pemimpin di kawasan tersebut.

Beliau berkata sedemikian ketika pada sebuah majlis di Alor Setar. Sabtu lepas

Sumber – Astroawani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*