Tular Video Fitnah Letak B4B! Dalam Mee, Pemilik Restoran Ambil Tindakan Undang-undang

KUALA LUMPUR – Oldtown White Coffee sedang berbincang dengan pihak guaman dan akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang didapati membuat tuduhan palsu ke atas syarikat itu.

Pengendali rangkaian restoran itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pengurusannya menafikan semua khabar angin dan dakwaan bahawa produknya mengandungi babi.

Tegasnya, dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai saluran media sosial adalah tidak benar.

“Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan Oldtown White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 2010.

“Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal,” katanya.

Sumber-Wowberita

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*