Tular Anak Muda Disam4n Setelah 30 Minit Berniaga, Ini Penjelasan Padu MB Selangor

KUALA LUMPUR – Kisah tvlar seorang pelajar yang menjual air di tepi jalan di Shah Alam tetapi dis4man pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik perhatian Menteri Besar Selangor.

Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan Twitternya hari ini berkata beliau telah menghubungi lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam video yang dikongsikan sebelum ini, pelajar tersebut yang ditemani oleh seorang rakannya menyusun produk minuman di bahagian but kereta dan siap membuka banner.

Sudah hampir setengah jam, mereka baru berjaya menjual 5 botol, namun beberapa anggota polis datang membawa kejutan.

Mereka rupanya dis4man kerana berniaga tanpa lesen, dan perkara itu telah menjejaskan hasil jualan yang baru mencecah RM75 memandangkan sman yang dikenakan adalah sebanyak RM300.

Walaupun begitu anak-anak muda itu tidak jadi marah apabila mereka didatangi seorang wanita yang menyokong usaha mereka untuk berniaga dan mencari duit lebih.

Tambahan pula, sebelum mereka beredar ramai yang telah menyaksikan mereka dis4man datang untuk membeli minuman yang dijual.

Hubungi MBSA

“Saya juga telah menghubungi pihak MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) untuk membantu memudahcara urusan beliau untuk berniaga di sekitar Shah Alam,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, seorang netizenn @iszlgrn memuat naik video beliau bersama rakannya dikenali sebagai Azri menjual air Chai Aroi Bang di satu kawasan di Shah Alam semalam.

Menurutnya, Azri memaklumkan kepadanya beliau mahu mencari duit lebih bagi membiayai apabila masuk semester baharu nanti.

Menurutnya, selepas dis4man, ramai membeli minuman mereka termasuk seorang mak cik yang memberi kata-kata semangat kepada mereka yang semasa itu tengah kecewa kerana disman MBSA.

Komen Dari Orang Ramai

Itulah kerja MBSA.. tak bg can langsung utk org cari rezeki semasa musim c0vid 19 ni..hanya yg mereka tau nak menyman jer kejanya..tak ada perasaan timbangrasa langsung..klu dgn bngsa asing tak berani..menikus.

Nanti camna pulak org selalu dok kata amanah adalah tugas hakiki penjawat awam.

Sepaturnya tak perlu sman. kesian kt peniaga tu diorang cari makan lain lah kita ni makan gaji kerajaan kena fikirlah mereka tu rakyat kita tak kan tak boleh bertolak ansur kena pertimbangkan la kesian kt mereka.

Sumber : MalaysiaGazette

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*