Tidak Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Ibu Dan Adiknya Diugut Bunuh! Positif Dadah Lah Apa Lagi….

Kulim: Lelaki tergamak mengugut mahu membunuh adik perempuan dan ibunya hanya kerana mereka tidak mengucap kalimah syahadah.

Kejadian berlaku 12.45 tengahari semalam ketika mangsa berusia 29 tahun berada di dapur rumah mereka di Kampung Padang Ubi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, suspek dikatakan pergi ke dapur sambil membawa sebilah pisau dan mengacu ke arah adiknya lalu menyuruh mangsa mengucap syahadah.

Beliau berkata, lelaki itu kemudian mengugut mahu membunuh adiknya jika gagal berbuat demikian menyebabkan mangsa lari untuk menyelamatkan dirinya.

“Suspek kemudian pergi mendapatkan ibunya berusia 60 tahun dan turut melakukan perkara sama.

“Bagaimanapun, mangsa menyuruh ibu mereka keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan wanita terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azhar berkata, selain itu, suspek juga sering mengamuk dan merosakkan barangan dalam rumah berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

“Susulan laporan itu, polis berjaya menahan suspek di hadapan sebuah rumah di Kampung Padang Ubi, di sini, pada 5 petang semalam dan merampas sebilah pisau panjang berukuran kira-kira 21 sentimeter dipercayai digunakan dalam kejadian.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methampetamine dan dia mengaku mengugut ibu dan adik perempuannya,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai ketagihan dadah ketika kejadian dan lelaki itu direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*