The Garden Dan Mid Valley Sahkan Staff Positif Covid-19. Namun Kenyataan Dari Mereka Berkenaan Status Mall Tersbut Amat Mengejutkan!

KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) menjalankan usaha sanitasl dan nyah kvman di kawasan umum serta tiga outlet selepas seorang pekerja penyewanya disahkan positif C0vid 19.

Ketika mengesahkannya hari ini, pihak pengurusan TGM dan MVM berkata, kes tersebut membabitkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC), syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di TGM dan Surreal by Élévatione Time Stops di MVM.

Pekerja berkenaan telah memaklumkan pihak pengurusan di LSC pada 9 Oktober 2020 bahawa salah seorang ahli keluarganya terdedah kepada vlrus berkenaan.

“Beliau bertindak mengasingkan dirinya secara kuarantln kendiri dan langkah-langkah telah diambil bagi membolehkannya menjalani ujian C0vid 19 yang disahkan positif pada 10 Oktober 2020.

Beliau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang gejala C0vid-19,” kata TGM dan MVM dalam satu kenyataan.

Pihak pengurusan TGM dan MVM telah dimaklumkan mengenai keputusan ujian tersebut pada hari ini dan tiga outlet berkenaan diarah tutvp sehingga notis selanjutnya.

Sejurus pengesahan kes tersebut, Kementerian Kesihatan telah dimaklumkan dan disusuli dengan langkah pengesanan kontak.

“Usaha sanitasl dan nyah kvman di tiga outlet di bawah LSC serta kawasan umum di kedua-dua pusat beli-belah itu masih dijalankan,” kata kenyataan itu.

Pihak pengurusan TGM dan MVM turut memberi jaminan kepada pelanggan, penyewa serta pengunjung bahawa keslhatan dan keslamatan mereka adalah diutamakan.

“Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga bagi memastikan tahap kebersihan yang menyeluruh sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan di kedua-dua pusat beli-belah itu.

Kami juga akan terus memantav rapat keadaan dan bekerjasama dengan semua pihak berwajib serta akan memaklumkan perkembangan sewajarnya,” katanya.

 

Sumber : Bernama via Online Malaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*