
Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baru pada 2,188 sejak pandemik itu menular ke negara ini, berbanding 1,884 kes yang dicatatakan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,623 kes dengan sebahagian besarnya melibatkan kluster Teratai iaitu 1,511 kes.
Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu.
“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 58,847 kes
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 14,353 kes.
“Tiada kes import yang dilaporkan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula sebanyak 1,673 kes, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sepenuhnya ialah 44,153 kes atau 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dia turut melaporkan empat kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat Covid-19 kini 341 kes.
Sementara itu, Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 112 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 49 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
“Sehingga 24 November, terdapat sebanyak 334 kluster telah dilaporkan. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 167 kluster dengan satu kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Bah Layangan.
“Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 167 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah kluster Teratai (1,511 kes), kluster Tembok (103 kes), dan kluster Bintang (69 kes),” katanya.
Berikut status terkini Covid-19 di Malaysia:
Jumlah sembuh baru: 1,673
Jumlah kumulatif: 44,153 (75%)
Jumlah kes baru: 2,188
Jumlah kumulatif: 58,847
Jumlah kes aktif: 14,353
Kes tempatan: 2,188
Kes import: 0
Jumlah kematian:; 4 (3WN, 1BWN)
Jumlah kumulatif: 341 (0.6%)
Kes di ICU: 112
Pesakit intubated: 49
sumber -mkini
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply