TERKINI!! Suspek Bunuh Rakan Berdepan Hukuman Mati, Didakwa Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Tanpa Sebarang Jaminan!

Marang: Pelajar perempuan Tingkatan 6 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19.

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong pada 1 November lalu antara 8.30 hingga 9.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang pada 9.40 pagi.

Beberapa ahli keluarga tertuduh termasuk ayah dan ibunya turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.

Malah, ibu tertuduh turut dilihat melambai anaknya ketika remaja perempuan itu dibawa ke dalam kereta.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*