TERKINI! Sorang Pekerja MRT Laluan Kajang Disahkan Positif Covid-19

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan Rapid Rail Sdn Bhd yang mengendalikan operasi MRT Laluan Kajang disahkan positif Covid-19.

Rapid Rail menerusi kenyataan hari ini berkata, pengendali tren itu kali terakhir bertugas pada 21 Oktober lalu dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Tren pula sememangnya ditetapkan untuk menjalani kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap malam selepas operasi pada hari berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit itu diminta menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Rapid Rail juga sudah memaklumkan semua langkah diambil itu kepada agensi berwajib termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana seperti LRT, monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti adalah selamat digunakan.

“Pengguna diingatkan supaya mematuhi SOP ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka sepanjang masa, mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman, mengambil suhu badan dan mendaftar di aplikasi MySejahtera atau buku log disediakan sebelum memasuki tren,” kata kenyataan itu lagi.

 

sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*