TERKINI! PM Umum Malaysia Merupakan Negara Pertama Terima Vaksin Covid-19

Kuala Lumpur: Malaysia akan menjadi negara pertama yang akan menerima vaksin Covid-19 dari China yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen itu disuarakan Menteri Luar China Wang Yi dalam pertemuan bersama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.

Menurutnya, vaksin berkenaan juga dijangka diterima sebaik China selesai menjalankan ujian klinikal terakhir hujung tahun ini.

“Sebagai sebuah negara yang paling ke hadapan dalam penghasilan vaksin Covid-19, China juga akan bekerjasama dengan Malaysia.

“Saya juga sudah meminta kerjasama ini dibuat menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia yang akan diwakili Menteri Luar dengan Menteri Luar China,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia bersetuju untuk menyertai pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, Covax, walaupun perlu membayar RM42 juta.

Beliau berkata, badan ini mempunyai kemudahan kepada negara ahli untuk dapatkan vaksin yang tidak terhad untuk Covid-19 saja namun vaksin penyakit lain.

“Vaksin yang dapat dibekalkan hanya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk dan dalam kes Malaysia yang mempunyai 30 juta penduduk akan menerima tiga juta vaksin.

“Kita juga terikat untuk membeli vaksin dari Covax ini dengan nilai RM600 juta dan ia satu jumlah yang cukup besar tapi tidak halang kita mendapat bekalan dari pembekal luar seperti China dan negara pembekal lain,” katanya.

Katanya, Malaysia akan mengadakan rundingan mengenai harga yang perlu dibayar kepada Covax kerana kini harga untuk satu vaksin sudah ditetapkan pada harga dolar Amerika $20 (kira-kira RM82).

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan berbincang dengan syarikat pembekal luar bagi membekal vaksin untuk Malaysia.

Sumber-HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*