TERKINI, PKPB Di Klang Mulai Jumaat Ni! Ini Sebab Mengapa MKN Keluarkan Arahan Tersebut..

SHAH ALAM, 7 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dikuatkuasakan di daerah Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu susulan daerah Klang mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.

Selain Klang beberapa kawasan turut dikenakan PKP Bersyarat iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata pertambahan itu menjadikan taburan kes aktif di seluruh Selangor setakat semalam sebanyak 232 kes.

Antara arahan tatacara operasi piawai (SOP) PKPB ialah:

– Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan atau keperluan rumah.

– Perniagaan bukan perkhidmatan perlu hendaklah ditutup.

– Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi hingga 6 petang.

– Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran dan bungkus sahaja.

– Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

– Operasi pasar harian adalah antara hingga 6 pagi hingga 2 petang sahaja.

– Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.

– Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

– Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

– Kenderaan membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

– Perkhidmatan teksi atau e-panggilan (maksimum dua penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

– Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

– Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.

– Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.

– Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.

– Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu dengan kelulusan PDRM.

– Masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak – kanak adalah ditutup.

– Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Sumber – Selangorkini.my

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*