TERKINI! PKPB Di KL, Selangor & Putrajaya Disambung Sehingga 9 November 2020.

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan penilaian risiko dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Setakat ini penilaian mendapati masih terdapat lokasi berisiko tinggi bagi penularan jangkitan Covid-19 sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

“Mengambil kira penilaian terhadap penularan itu, maka kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di negeri berkenaan selama 14 hari bermula 27 Oktober sehingga 9 November,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP) PKPB adalah seperti diumumkan sebelum ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selama 14 hari bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober.

Perintah itu susulan peningkatan penularan Covid-19 di ketiga-tiga lokasi itu.

Sumber – hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*