TERKINI! PKPB di 4 Negeri Tamat, Tapi Kelantan Pula Dikenakan PKPB. Ini Butiran penuh

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Terengganu, Melaka serta Kedah kecuali Kulim ditamatkan mulai esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di Johor juga ditamatkan bermula tengah malam ini kecuali Kota Tinggi dan Mersing.

“Bagaimanapun, seluruh negeri Kelantan akan dikenakan PKPB mulai esok sehingga 6 Disember,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Anjung Teduh Felda Sahabat Lahad Datu Sabah ditamatkan hari ini.

 

TERDAHULU:

 

Berikut adalah berita yang baru shaja diumukan MKN pada jam 5.30pm, 20/11/2020

DS Ismail Sabri membuat pengumuman sebentsr tadi dan petikan artiket di bawah ini di ambil dari twitter Bernama:

 

“PKPD Anjung Teduh Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah ditamatkan hari ini (20 Nov) – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”

“Kerajaan memutuskan PKPB seluruh negeri Kedah tamat bermula 21 Nov 2020 kecuali bagi daerah Kulim – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”

”Kerajaan memutuskan PKPB seluruh negeri Johor tamat bermula 21 Nov 2020 kecuali bagi daerah Kota Tinggi dan Mersing – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”

“Kerajaan memutuskan PKPB seluruh negeri Melaka tamat bermula 21 Nov 2020 – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”

“Kerajaan memutuskan PKPB seluruh negeri Terengganu tamat bermula 21 Nov 2020 – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob”

 

 

 

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*