TERKINI! PKPB akan Dilaksakan Seluruh Selangor, KL & Putrajaya Berkuatkuasa 14 Oktober 2020!

Pengumuman ini dibuat oleh Majlis keselamatan negara menerusi acc FB yang menyatakan

“PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam –

Ismail Sabri Yaakob”

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam – Ismail Sabri Yaakob

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 12 October 2020

 

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini berikutan peningkatan kes COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang di Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Beliau berkata, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

“Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup,” katanya pada sidang media, hari ini.

 

Sumber – Bharian

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*