TERKINI! Neelofa Perkenalkan Applikasi Baru Yang Bakal Ganti Apps MuslimPro. Ini Nama Applikasi Tersbut

Baru-baru ini kec0h tentang aplikasi terkenal antarabangsa Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat.

Aplikasi terkenal antarabangsa dengan jumlah hampir 100 juta pengguna, Muslim Pro dilaporkan menjual data lokasi kepada tentera Amerika Syarikat. Selain itu, aplikasi tersebut selalu digunakan dengan tujuan peringatan waktu solat berserta dengan penunjuk arah kiblat dari Makkah.

Aplikasi tersebut juga menyediakan bacaan al-Quran secara dalam talian dan audio bacaan bagi memudahkan pengguna.

Rata-rata umat Islam telah memadamkan aplikasi Muslim Pro berikutan berita penjualan data lokasi ini.Dalam perkembangan terbaru, menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Muslim Pro menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan perkara itu tidak tepat dan salah.

Siasatan dalaman turut dilancarkan bagi memastikan keselamatan data pengguna terjamin.

Sehubungan itu, pembangunan aplikasi Muslim Pro mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan syarikat rakan kongsi data termasuk X-Mode.

Namun disebabkan ramai yang takut dengan ancaman tersebut, ramai telah mengambil tindakan untuk mem4dam atau un1nstall aplikasi itu walaupun dengan perasaan berat hati.

Ketenteraan US beli data 98 juta umat Islam pengguna Muslim Pro - Sinar Plus

Bagaimanapun, Neelofa pada 17 November lalu telah memuat naik satu berita baik menerusi laman Instagram miliknya:-

Pelakon dan pengacara tersebut memaklumkan beliau bakal melancarkan satu aplikasi tidak lama lagi yang diberi nama TheNoor.App.

Namun, fungsi serta kegunaannya belum lagi diberitahu secara lanjut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengharapkan aplikasi tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya sama seperti Muslim Pro, malah lebih baik dari segi isi kandungan.

Sumber daripada: Instagram Neelofa & TheNoor.App via achikdia

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*