TERKINI! Malaysia Bakal Menghadapi Satu Lagi Pandemik Hujung Tahun Ni, Habislah Ekonomi Kita..

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengalami twindemic atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini.
Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan COVID-19, secara mendadak.
“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.
“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan COVID-19 yang ada sekarang,” katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI pada Khamis.
Ekoran itu, Zamberi menasihati orang ramai terutamanya mereka yang berada dalam kategori berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza memandangkan penyakit itu boleh dicegah menerusi suntikan vaksin.
“Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan.
“Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan,” tambahnya.
Walaupun begitu katanya, kesedaran mengenai penggunaan vaksin untuk mencegah jangkitan influenza dilihat semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sumber-Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*