TERKINI! Laluan Kuantan – Kuala Lumpur Ditutup Sebab Banjir Besar. BOMBA Mohon Supaya Tangguh Perjalanan Ke KL

MARAN: Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dari Kuantan ke Kuala Lumpur ditutup selepas dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
Menurut kenyataan Anih Berhad, laluan sepanjang 1 kilometer (km) di Km 198 LPT1, antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang, dinaiki air sedalam 0.6 meter.
“Sehubungan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dimohon menangguhkan dahulu perjalanan anda buat sementara waktu.
“Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan menerusi saluran rasmi Anih melalui Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, Anih melakukan pemantauan berterusan di sepanjang LPT1 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat Anih, Fazlyaton Hussein ketika dihubungi berkata, kejadian berpunca daripada air Sungai Lepar yang melimpah dari arah Timur, sehingga menjejaskan kedua-dua arah lebuh raya berkenaan.
Sumber – awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*