TERKINI! Ketua Menteri Sabah, Hajiji Disahkan Positif Covid-19. Ini Punca Sebenar Jangkitan Beliau..

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi mengesahkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata sebelum ini Hajiji telah sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas seorang daripada kakitangannya didapati positif Covid-19.

“Semasa dalam kuarantin kendiri tersebut, beliau menjalani ujian Covid-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan seterusnya dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.

“Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video,” katanya.

Effendi turut menjelaskan kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

Semalam, media melaporkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela dan perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

 

Sumber – hmetro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*