TERKINI! Kabinet Setuju Darurat, PM Akan Persembah Kepada Agong

Kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insider melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.

Sumber-Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*