
JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan mengumumkan daerah Johor Bahru kini diklasifikasikan sebagai Zon Merah bermula semalam.
Menurut beliau, maklumat menunjukkan kebanyakan kes di daerah ini melibatkan penularan dalam keluarga atau di tempat kerja.
“Kerana sebahagian besar kluster ini membabitkan penularan keluarga atau tempat kerja, Jabatan Kesihatan Negeri meletakkan institusi dan individu terbabit di bawah arahan pengawasan dan pemantauan di rumah.
“Penularan dalam keluarga membimbangkan apabila ahli keluarga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di dalam rumah seperti dilakukan di luar rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, keadaan di negeri ini masih terkawal dan semua perlu bertenang dan tidak menimbulkan panik dengan menyebarkan maklumat kurang tepat.
Vidyananthan berkata, setakat ini tiga kluster yang dikenal pasti di negeri ini ialah Kluster Kempas, Kluster Rinting dan Kluster Bayu.
Sehingga 29 Oktober 2020, jumlah kes Kluster Kempas ialah 42 kes, Kluster Rinting mempunyai 10 kes manakala Kluster Bayu ada lapan kes.
Sehubungan itu, pihaknya mengingatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP dalam norma baharu untuk mengelakkan wabak Covid-19 daripada terus menular dalam kalangan masyarakat. – UTUSAN
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply