TERKINI! Dua Pegawai Polis Ditahan SPRM Berikutan Kes Macau Scam. Rupanya Pangkat Diorang bukan Biasa-Biasa

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Acryl Sani berkata, pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai tangkapan dua pegawai polis itu.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut sehingga kita mendapat laporan terperinci secara rasmi daripada SPRM. Kita masih menunggu laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan beberapa anggota polis terlibat dengan sindiket Macau Scam.

“Kita akan memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sejauh mana penglibatan anggota polis dengan sindiket Macau Scam,” katanya.

 

Sumber – wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*