
KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan Barisan Nasional (BN) mengesahkan semua ahli Parlimen mereka kekal menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ahli Parlimen Bersatu menyifatkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mendapat sokongan majoriti dalam kalangan ahli Dewan Rakyat membentuk kerajaan baharu sebagai satu lagi dakwaan tidak berasas.
![]() |
Hamzah Zainuddin |
“Semua ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa memberikan sokongan penuh tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan tidak terlintas sedikit pun untuk berpendirian sebalikya
Leave a Reply