TERJAWAB! Tular Pesara Guru Longgok Sampah Depan Rumah, Sampai Nak Masuk RUmah Pun Susah. Rupanya Ini Sebabnya..

Kisah seorang pesara guru yang mengumpul timbunan sampah di kediaman di Simpang Pulai telah mencuri perhatian ramai.

Dikatakan Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pulang.

Malah sesetengah pihak mendakwa wanita itu terpaksa memanjat longgokan sampah di halaman untuk masuk ke dalam rumahnya.

Rupanya pesara guru ini normal dan tiada masalah mentaI

Sementara laporan terkini mengatakan pesara guru itu didapati normal dan tidak mempunyai masalah mentaI, susulan ujian saringan kesihatan terhadapnya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, sebaliknya pesara guru yang dikenali sebagai Cikgu Chung hanya mempunyai tabiat atau rutin kebiasaan mengumpul dan melonggok sampah di dalam kawasan rumahnya.

Katanya, pegawai kesihatan dan pasukan unit Kesihatan Daerah Kinta hari ini memberi fokus melakukan pemeriksaan tentang keadaan kesihatan dari segi mentaI dan fizikal.

” Daripada aspek mentaI, kita sudah melakukan Ujian saringan Stress, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) dan daripada beberapa ujian lain yang juga dibuat, menunjukkan Cikgu dalam keadaan normal.

” Pakar psikiatri yang kita bawa bersama (mendapati) ini mungkin disebabkan oleh tabiat atau rutin kebiasaanya,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan terkini kediaman berkenaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di sini hari ini.

Ahmad Saidi berkata, malah ujian kesihatan yang lain juga mendapati dia tidak memiliki penyakit kronik mahupun sebarang pnyakit lain.

” Kita sudah memeriksa di sini bukan kawasan wabak atau kawasan panas dan pihak kesihatan juga sudah melakukan sanitasi di kawasan rumah Cikgu untuk memastikan keadaan kawasan bersih,” katanya.

 

Sementara itu,Dr Wan Norashikin pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memang sudah memulakan sesi kaunseling secara berkala sejak lawatan hari pertama sebelum ini.

” Sebelum ini kita sudah datang mengadakan beberapa sesi kaunseling dan selepas ini kita akan sentiasa memantau keadaannya sehingga betul-betul pulih.

” Hari ini kita datang dan melihat ada perubahan, cikgu memang masih lagi mengutip sampah berkenaan tetapi kali ini dia tidak memunggahnya di rumah tetapi membawanya ke pusat kitar semula berdekatan untuk dilonggokkan dan diasingkan,” katanya.

 

Beliau berkata, pusat kitar semula itu juga sudah menyediakan ruang agar Cikgu Chung bukan sahaja dapat mengasingkan sampah yang baru dibawa tetapi yang sudah dibawakan ke situ.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan mhkamah ke atas seorang pesara guru yang tinggal di dalam timbunan sampah di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tindakan individu tersebut menyimpan sampah di rumahnya sejak tahun 2017 lagi.

 

Sumber – http://limauais.pw/2020/10/12/smpah-pesara-guru/

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*