TERKINI! Kaji Selidik IDE Umum Anwar Sebagai PM-9 Merupakan Pilihan Terbaik Untuk Rakyat. Ini Penjelasan Penuh

KUALA LUMPUR: Spekulasi Pengisytiharan Darurat menimbulkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat berkenaan ura-ura perintah yang dikatakan dicadangkan Kabinet dalam mesyuarat khas Jumaat lalu.

Namun, kaji selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, pilihan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah melantik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan supaya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri,” kata badan pemikir itu dalam kenyataan hari ini.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk ‘Rakyat Malaysia Bersuara’ yang dijalankan IDE secara elektronik bermula jam 4 petang 24 Oktober, 2020, hingga 12 tengah malam tadi.

Tinjauan tersebut dilakukan menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

Hasil kaji selidik juga mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat, dan ini konsisten dengan kegusaran yang dilontarkan pemerhati politik.

“Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri,” kata kenyataan itu lagi.

 

Sumber – wowberita

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*