Terima Kasih Kerajaan PN, Pmbayaran BPN 2.0 Fasa Kedua Sudah Diumum Dan Bila Duit Akan Masuk Akaun Anda

Alhamdulillah terima kasih kerajaan kerana prihatin dengan nasib rakyat apabila fasa kedua pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) telah diumum.

Perkara itu diumum oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memaklumkan bila bayaran akan dikreditkan ke akaun pemohon.

Bila bayaran akan dimasukkan ke akaun pemohon?

Menurut Zafrul, bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi BPN 2.0 akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Zafrul berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

” Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

” Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu,” katanya dalam Laporan Laksana ke-31 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM7 bilion untuk meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara one-off.

Sementara itu, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak status permohonan sejak 27 November lalu, manakala pembayaran sudah dibuat sejak 30 November 2020.

” Sebanyak 304,000 PKS Mikro layak menerima bantuan one-off berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM912 juta.

” Secara keseluruhannya, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM2.55 bilion.

” Bagi mereka yang gagal permohonan, tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020 yang boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my,” katanya.

Bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang telah bermula sejak Oktober 2020, setakat 20 November lalu, sebanyak RM164.26 juta (peningkatan daripada RM148.22 juta minggu lalu) telah dibelanjakan.

Ia bagi membantu sebanyak 34,479 majikan (peningkatan daripada 30,492 minggu lalu) untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 273,767 pekerja (peningkatan daripada 247,035 minggu lalu).

” Diingatkan bahawa permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020,” katanya.

Ini adalah jumlah yang akan diberikan mengikut kumpulan.

Soalan Lazim

Adakah penerima BPN sedia ada perlu membuat permohonan?

Tidak. Permohonan tidak perlu dibuat. Jika sebelum ini anda telah layak dan menerima bantuan ini, anda tidak perlu lagi untuk membuat permohonan buat kali kedua.

Bilakah permohonan baru BPN 2.0 boleh mula dibuat?
Pada 15 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.

Bilakah pembayaran akan dibuat?
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021

Adakah kemaskini dibenarkan?
Tidak dibenarkan. Ini kerana ianya menggunakan data BPN sebelum ini.

 

Sumber – limauais

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*