“Tercungap-cungap Dan kelihatan Tidak Sihat” – Netizen Terkejut Lihat Air Muka Abah Yang…..

PERUTUSAN khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Rabu sememangnya dinantikan-nantikan seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kemunculan Muhyiddin yang bersiaran secara langsung mengejutkan segelintir rakyat yang mengikuti perutusan khas tersebut.

Berkemeja putih dengan tali leher bercorak belang putih dan hitam, perdana menteri yang diberikan jolokan ‘Abah’ itu kelihatan penat.

Malahan, sewaktu menyampakan perutusan khas selama kira-kira 30 minit itu, Muhyiddin juga seperti kehilangan suara dan beberapa kali memperbetulkan nadanya.

“Muka abah nampak penat… melayan rakyat. Semoga beliau diberi kesihatan yang baik,” tulis seorang netizen yang menonton perutusan khas menerusi video penstriman secara langsung.

“Kenapa abah tercungap-cungap tu? Kasihan abah, ” komen netizen lain.

“Tak sediakan air mineral ke untuk abah,” ujar netizen yang melihat Muhyiddin seperti kehilangan suara.

“Abah minum dulu, nanti sambung balik,” komen seorang lagi.

“Seseorang tolong berikan beliau air. Kasihan abah sakit tekak,” tambah lain.

Antara komen netizen.

Selain itu, terdapat netizen yang turut bertanyakan mengenai kesihatan Muhyiddin.

“Abah tak sihat ke, jangan lupa makan ubat nah. Sayang abah,” katanya.

Rata-rata mendoakan kesejahteraan perdana menteri agar diberikan kesihatan yang baik untuk mentadbir negara.

“Semoga Abah diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Banyakkan rehat ye. Abah, muka tak sihat dah nampak tu, tarik nafas pun dah macam semput,” komen netizen.

“Ya Allahu rabbi.. engkau berilah kesihatan yang baik untuk tok abah kami. Berilah dia kekuatan untuk membawa Malaysia ke arah lebih baik dari sebelum ini. Semoga tok abah sentiasa dibawah lindungan Allah SWT,” ujar yang lain.

Menerusi perutusan khas itu, Muhyiddin mengajak rakyat Malaysia termasuk pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengemudi negara yang masih berhadapan dengan krisis ekonomi dan kesihatan pada masa ini.

“Kita cuba sedaya upaya untuk membantu rakyat menghadapi detik yang sukar ini. Apa yang perlu ialah sebuah kerajaan yang stabil dan teguh dengan sokongan dan dokongan saudara dan saudari sekalian.

“Ini penting supaya lebih banyak inisiatif untuk memulihkan ekonomi dan membantu rakyat jelata dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh kerajaan.

“Saya merayu saudara dan saudari sekalian supaya menolak tindakan membuta tuli segelintir ahli politik yang sengaja mahu menjejaskan kestabilan politik dan pelan pemulihan ekonomi negara yang sedang dilaksanakan dengan baik pada masa ini,” katanya.

Menerusi perutusan khas itu juga, Muhyiddin mengumumkan berita gembira buat rakyat Malaysia iaitu beberapa inisiatif dan bantuan tambahan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (Kita Prihatin).

Pakej tersebut mensasarkan beberapa kelompok iaitu golongan B40 yang berkeluarga dan bujang; golongan M40 yang berkeluarga dan bujang; golongan pekerja negara dalam pelbagai bidang; dan golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang

Muhyiddin: Saya PM selagi Anwar tak buktikan majoriti

Muhyiddin Yassin menegaskan yang dia masih lagi memegang jawatan perdana menteri selagi Anwar Ibrahim tidak membuktikan mempunyai majoriti cukup.

Dalam satu kenyataannya, Muhyiddin berkata dakwaan Anwar itu perlu dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian kata presiden Bersatu itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, kerajaan PN masih berdiri teguh dan beliau masih perdana menteri yang sah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*