Tengku Zafrul Umum Kakitangan Awam Dapat Durian Runtuh Sebanyak RM600, Dan Pesara Dapat RM300

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan khas kepada penjawat awam, termasuk pesara polis, bomba dan petugas barisan hadapan.

Bantuan itu melibatkan, antara lain, bantuan kewangan one-off (sekali bayar) kepada penjawat awam gred tertentu, tambahan elaun dan sebagainya.

“Sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhimatan awam, sukacita kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM600 untuk kakitangan awam gred 56 dan ke bawah.

“Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan.

“Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021,” katanya dalam ucapannya.

Selain itu, dia mengumumkan kenaikan elaun dan bantuan kepada penjawat awam terbabit, antaranya kepada bomba bantuan dan polis.

Bagi bomba, kadar elaun mereka akan dinaikkan dari RM6 sejam kepada RM8 sejak, kepada lebih 1,900 pegawai bomba bantuan, bermula 2021.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan skim perlindungan kemalangan diri percuma sehingga 100,000 kepada peminjam baru Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam bagi tahun 2021 dan 2022.

“Selanjutnya, bagi menghargai keringat kepahlawanan dan bakti pesara polis yang menerima pingat Jasa Pahlawan Negara, kerajaan bersetuju untuk melansakan pemberian one-off (sekali bayar) sebanyak RM500 kepada 40,000 penerima,” katanya.

Tambah Tengku Zafrul, penjawat awam telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi.

“Sejak dilantik sebagai menteri hampir lapan bulan yang lalu, dan datangnya saya daripada sektor korporat, mata saya terbuka kepada betapa komitednya dan teguh setianya penjawat awam dalam menjalankan amanah yang diberikan.

“Tanpa mengenal penat lelah, mereka telah berkhidmat melangkaui ekspektasi, and rose beyond the call of duty (dan melangkaui skop tugas) untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi,” katanya lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*