
Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.
Terbaru, dalam video dikongsikan Info Roadblock JPJ/Polis, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan.
Keadaan itu dikatakan berpunca daripada arus deras yang memenuhi sebatang jalan dari Mawai menghala ke Tugu Udang.
Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.
Rakaman pada saat ke 26 menjadi gelap dan kelam kabut dipercayai kerana perakam sedang membantu menyelamatkan mangsa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang dipercayai bertindak terus membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.
Terbaik, terus bertindak
Bagus, bukan setakat rakam
Ni baru hero, bukan kaki viral
Jangan kecam penunggang
Tonton video di bawah:
Arus laju kenderaan ringan seperti motosikal jangan buat hal dah ada yang tergelincir dah ni. Mangsa selamat. Signboard pun hanyut.
*Video hanya setakat saat ke-25 sahaja.*Selebihnya operasi menyelamat mangsa bermotosikal.
Lokasi : Mawai ke Tugu udang, Kota Tinggi,Johor
Sumber : Siakap Keli
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih
Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama
PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Terima kasih
Leave a Reply