Tanpa Diduga, Si Isteri Terkedu Apabila Terima Cek ‘Hadiah’ Dari Arwah Suami. Jumlahnya Bikin Netizen Tergamam

Port Dickson: “Pemergian suami secara mengejut akibat kmalangan ketika anak-anak sedang membesar bukan sesuatu yang mudah diterima,” kata ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai, Ida, 42, di rumahnya di Lukut di sini, semalam.

Katanya, dia bagaimanapun menerima kejutan semalam apabila dikunjungi wakil syarikat insurans bagi menyerahkan sejumlah wang RM 414,302 dianggap ‘hadiah’ dari arwah suaminya yang sudah tiada.

“Bagi saya ini satu kejutan kerana tidak menyangka dia ada membuat caruman insurans diri.

Ini pastinya amat membantu kami lima beranak walaupun saya mempunyai pekerjaan tetap.

“Suami menlnggal dunia pada pagi 5 Mac lalu selepas terbabit kmalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah syarikat swasta,” kata ibu kepada empat orang anak berusia empat hingga 17 tahun ini.

Ida berkata, memang berat ujlan Allah SWT kerana arwah suami pergi di saat anak-anak mula membesar dan memerlukan perhatilan.

“Saya benar-benar tidak tahu arwah ada membuat carvman insurans. Saya akan gunakan wang ini untuk pendidikan anak-anak.

“Sebelum ini ada wakil syarikat insurans menghubungi saya memaklumkan suami ada mencarvm, tetapi tidak memaklumkan jumlahnya.

“Memang saya terharu hari ini (semalam) apabila dikunjungi wakil syarikat insurans dan memberitahu arwah ada menlnggalkan sejumlah wang yang agak banyak selepas mencarvm tidak sampai dua tahun,” katanya yang berasal dari Ajil, Terengganu.

 

Sumber – Online malaya

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*