Takiyuddin Umum Kerajaan Sedia Nasihat Agong Isytihar Darurat Jika Keadaan Memaksa

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat termasuk di Parlimen Batu Sapi dan Sarawak, jika ia perlu dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagian berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Baru-baru ini, seperti yang semua rakyat Malaysia maklum kerajaan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan Perkara 150 ke seluruh negara disebabkan lebih 20 alasan yang diputuskan oleh Kabinet.
“Jika dirasakan perlu, kerajaan akan memikirkan, kalau tidak keseluruhan atau mana-mana bahagian. Pokoknya, dari segi Perlembagaan, ia adalah dibolehkan,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sama ada kerajaan bercadang menghadap Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bagi mendapatkan perkenan isytihar darurat di kawasan tertentu bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berikutan penularan COVID-19.
Sumber – Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*