“Takde Langsung ‘Dana’ Untuk RTM Tapi JASA Pulak Dapat RM85.5 juta” – Gobind

PARLIMEN | Gobind Singh Deo (PH-Puchong) menyoal keutamaan kerajaan memperuntukkan RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dalam keadaan rangkaian penyiaran negara RTM didakwa kekurangan dana.

Membahaskan Belanjawan 2021 hari ini, bekas menteri komunikasi dan multimedia itu mengusulkan supaya wang awam dibelanjakan dengan lebih baik untuk meningkatkan kemahiran kakitangan menteri sedia ada daripada menubuhkan “unit propaganda” baru.

“Saya bagi contoh RTM, dan saya ingin mengatakan dan tanya kerajaan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh pekerja ‘piecemeal’ dalam RTM.

“Kita lihat keadaan di mana bayaran mereka gaji mereka ini lewat kerana kononnya tidak ada dana.

“Tapi di sini kita lihat wang sebesar ini boleh disalurkan untuk kita membangunkan semula Jasa.

“Apakah usaha-usaha ini menggalakkan pekerja yang ada dalam KKMM supaya mereka boleh melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik supaya kita boleh menguruskan dan membawa maklumat yang perlu kepada seluruh rakyat yang perlu khususnya dalam keadaan sekarang wabak Covid-19,” soalnya.

Gobind juga membandingkan belanjawan Jasa dengan pemotongan peruntukan 37 peratus yang ditanggung oleh jabatan pendakwaan Jabatan Peguam Negara.

 

Jabatan itu sangat penting untuk membantu kerajaan dalam pendakwaan perbicaraan 1MDB, katanya.

“Ini menimbulkan tanda tanya,” katanya yang juga peguam itu.

Ketika berucap, ahli parlimen DAP itu juga menyoal apa yang sedang dilakukan untuk mendapatkan kembali aset yang didakwa dicuri oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Low, yang dikenali sebagai Jho Low, baru-baru ini menjadi berita utama setelah rakaman bocor menunjukkan dia berusaha untuk membuat perjanjian dengan pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini bagi mengelakkan dihadapkan ke mahkamah.

Klip audio itu juga mendengarkan dia berkata tidak melakukan kesalahandalam skandal 1MDB.

Gobind berkata mendapatkan kembali aset yang dicuri sama pentingnya dengan menangkap Low

 

Sumber – malaysiakini

 

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram dan juga Twitter Jirancakap untuk info dan peluang untuk jana pendapatan kita bersama

PERHATIAN: Pihak Jirancakap tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda telah berfikir dengan warasnya sebelum ingin menulis apa-apa diruangan komen anda disini. Pihak Jirancakap juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*