Tak Masuk Akal! Ustaz Ebit Lew Sewa Pesawat Khas Hantar 30 Tan Keperluan Asas ke Sabah!

” Doakan yer. Risau ramai mengadu lapar yang memerlukan bantuan makanan asas.”

Demikian perkongsian pendakwah popular Ustaz Ebit Lew yang sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila mengambil inisiatif luar biasa bagi membantu rakyat di Sabah yang terputus bekalan makanan.

Bukan sedikit barang di hantar, difahamkan sebanyak tiga biji lori membawa barang keperluan asas seberat 10 tan yang akan dihantar ke Sabah menggunakan pesawat khas.

” Saya bekerjasama dengan My Jet Express menghantar bekalan keperluan asas ke Sabah untuk diagihkan. Sayu malam-malam bila baca tentang sebahagian orang Sabah. Ramai sangat mesej saya. Baca berita rasa sedih.

” 3 biji lori Elewsmart dari warehouse elewsmart malam tadi terus ke Airport Senai. My Jet Express akan fly dari Senai ke Kota Kinabalu. Membawa 10 tan barang makanan asas.

” Syukur dapat bekerjasama dengan My Jet Express. Terharu layanan baik sangat Chairman My Jet Tuan Hj Mohamed Yunos dan Ceo Hj Azrol Hisham.

” Doakan Sabah yer. Doakan seluruh Malaysia. Doakan seluruh dunia. Jangan ada satu orang pun lapar dan tiada makan minum. Ini ujian untuk kita semua” tulis Ebit Lew

 

Perkongsian Ebit Lew itu mendapat 62k likes dan lebih 3k shares tidak sampai sejam dikongsikan di Facebook.

Rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan terharu dengan kerja keras Ebit Lew dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Umum mengetahui rakyat Sabah kini antara yang terjejas truk susulan pndemik COVlD-19 yang menyebabkan beberapa daerah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Situasi itu telah memaksa sebahagian besar penduduk di sana berkurung di rumah dan tidak mamu menampung hidup kerana tidak dapat keluar bekerja.

Kali kedua hantar bantuan ke Sabah guna kapal terbang

Apa yang mencuri tumpuan, ini adalah kali kedua dalam tempoh lebih kurang seminggu Ustaz Ebit Lew menghantar bantuan ke Sabah di mana beliau turut menyalurkan bantuan menggunkan kapal terbang yang di sewa khas.

Ebit Lew sebelum ini menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu pada 30 Oktober lalu.

Antara barangan sumbangan disalurkan sebelum ini berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

Malah ketika itu ramai pihak memuji Ebit Lew yang tampil menghulurkan bantuan di waktu para pemimpin politik tak kira dari parti apa sibuk berteIagah mahu berebut kuasa.

Usaha Ebit Lew dikatakan telah memberi inspirasi kepada semua dalam membantu insan lain.

Lebih mengharukan, boleh dilihat doa dititipkan kepada Ustaz Ebit Lew dan masing-masing turut menghulurkan sumbangan yang disalurkan ke nombor akaun pertubuhan kebajikan diasaskan oleh Ebit Lew.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*